F1 benarkan perubahan format kelayakan

F1 benarkan perubahan format kelayakan

LONDON, 12 April (Reuters) – Badan mentadbir sukan Formula Satu secara rasminya membenarkan satu keputusan untuk membuang format kelayakan baru dan mengembalikan semula versi tahun lepas pada perlumbaan Grand Prix China di Shanghai minggu ini.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata dalam satu kenyataan bahawa Majlis Sukan Permotoran Dunianya telah mengundi untuk menyokong perubahan itu yang akan dikenakan bagi perlumbaan selebihnya.

“Format itu, di mana enam kereta paling perlahan disingkirkan pada penghujung dua sesi kelayakan pertama sebelum perlawanan 10 kereta bagi kedudukan Pole di Q3, akan kembali pada hujung minggu ini di Grand Prix China,” katanya.

Pasukan-pasukan Formula Satu dan para peminat telah mengisytiharkan format penyingkiran langsung yang digunakan pada dua perlumbaan awal di Australia dan Bahrain sebagai satu kegagalan.

Presiden FIA Jean Todt dan Bernie Ecclestone, mewakili pemegang hak-hak komersial, pada mulanya tidak bersetuju akan perubahan semula format 2015 itu namun terpaksa akur selar pasukan-pasukan menyuarakan bantahan bersama dengan cadangan tolak ansur.

ARTIKEL YANG SAMA