F1: Hamilton juara lagi

F1: Hamilton juara lagi

AUSTIN, Texas, 26 Okt (Reuters) – Lewis Hamilton merangkul gelaran dunia buat kali ketiga selepas muncul juara Grand Prix Amerika Syarikat (AS) di Austin, awal hari ini.

Hamilton menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 1 jam 50’52.703 saat.

Pelumba berusia 30 tahun itu menjadi warga British pertama untuk memenangi kejuaraan dunia berturut-turut.

Malah, beliau juga menjadi pelumba pertama memenangi 10 atau lebih perlumbaan dalam satu musim.

Lewis Hamilton (dua dari kanan) meraikan kejayaannya di atas podium bersama Nico Rosberg (kiri), Pengarah Teknikal Mercedes, Paddy Lowe (dua dari kiri) serta pemandu Ferrari, Sebastian Vettel (kanan) sejurus tamatnya perlumbaan GP F1 Amerika Syarikat di Litar The Americas pada 25 Oktober 2015 di Austin, AS. – AFP

Rakan pasukan Hamilton, Nico Rosberg yang bermula di petak pertama, menamatkan saingan di tempat kedua dengan 1 jam 50’52.850 saat.

Sementara itu, pemandu Ferrari Sebastian Vettal sekadar menduduki tempat ketiga selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 50’53.381 saat.

Pada perlumbaan itu, Hamilton hanya perlu mengatasi Vettel dengan sembilan mata dan Rosberg dua mata untuk merangkul gelaran dunia tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA