F1: Hamilton takluk GP Jepun

F1: Hamilton takluk GP Jepun

SUZUKA, Jepun, 27 Sept (AFP) – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton memenangi Grand Prix (GP) Jepun dengan mengatasi rakan sepasukan Nico Rosberg, di sini, hari ini. Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba Ferrari, Sebastian Vettel.

Pada perlumbaan di Suzuka tahun lepas pemandu Mercedes itu memenangi perlumbaan setelah bermula di tempat kedua di belakang rakan sepasukan Nico Rosberg.

Ia merupakan kemenangan kelapan Hamilton pada musim ini dan ke-41 sepanjang tempoh kariernya untuk menyamai rekod oleh wira pujaannya semasa kecil Ayrton Senna.

Lewis Hamilton (tengah) meraikan kejayaannya di atas podium bersebelahan dengan pemenang kedua merangkap rakan sepasukannya Nico Rosberg (kiri) dan pemenang ketiga pemandu Ferrari, Sebastian Vettel (kanan) selepas perlumbaan Grand Prix F1 Jepun di Suzuka pada 27 September 2015. – AFP

Kejayaan Hamilton juga sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya untuk meraih gelaran juara dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Pelumba Britain berkenaan kini mendahului saingan dengan kelebihan 48 mata ke atas Rosberg tatkala saingan musim ini hanya berbaki lima.