F1: Rosberg berlumba enjin baru

F1: Rosberg berlumba enjin baru

SINGAPURA, 18 Sept (Reuters) – Pemandu Mercedes Nico Rosberg akan berlumba dengan enjin baru di Singapura pada minggu ini namun tetap optimistik dia mungkin memenangi kejohanan Formula Satu (F1) dunia pertama meskipun masalah yang dihadapi baru-baru ini.

Pemandu Jerman itu terpaksa berhenti dua pusingan sebelum perlumbaan berakhir apabila mencatat masa ketiga terakhir di Itali, dengan rakan sepasukan Lewis Hamilton mengambil bendera berpetak-petak untuk melanjutkan mata pendahuluannya kepada 53 mata dalam senarai kedudukan.

Bagaimanapun, Rosberg tetap berpendapat masih mempunyai masa yang mencukupi untuk menyaingi pemandu Britain itu.

“Saya mempunyai peluang untuk terus mempercayai atau tidak dan saya telah memilih untuk terus mempercayai disebabkan ia dapat membantu dalam perlumbaan seterusnya dan berdasarkan sejarah dalam sukan, apa-apa boleh berlaku,” beritahunya kepada wartawan, sebelum perlumbaan di Litar Marina Bay Street pada Ahad.

“Masih terdapat tujuh perlumbaan tinggal, banyak mata, maka teruskan usaha. Dengan kereta yang kami ada, kemungkinan besar kami akan memenangi setiap perlumbaan pada hujung minggu yang merupakan satu perasaan hebat, maka berikan tumpuan pada perlumbaan hujung minggu dan seterusnya lihat apa yang dilakukan oleh Lewis.”

Rosberg (kanan) diajak berselfie oleh salah seorang peminat ketika acara promosi menjelang Grand Prix Formula Satu di Singapura. – AFP
Rosberg (kanan) diajak berselfie oleh salah seorang peminat ketika acara promosi menjelang Grand Prix Formula Satu di Singapura. – AFP

Rosberg menghadapi perlumbaan yang sukar di Singapura pada tahun lalu, berhenti selepas 13 pusingan setelah dipaksa bermula daripada lorong perhentian ekoran masalah dengan stereng da elektronik keretanya.

Keadaan itu membenarkan Hamilton membaik pulih defisit 22 mata dan memenangi kejuaraan dunia kedua tatkala dia memenangi enam daripada tujuh perlumbaan akhir dengan pendekatannya yang agresif.

Rosberg berkata masih belum tiba masanya untuk mengubah gaya perlumbaannya untuk perlawanan akhir tatkala dia cuba mencontohi usaha Hamilton tahun lalu.

“Saya mahu memenangi kejohanan. Perasaan pada tahun lalu di Singapura adalah jauh lebih baik sekarang memandangkan saya mempunyai 20 kelebihan mata. Saya amat menyukainya,” tegasnya.

Rosberg mengaku peluangnya tidak dibantu oleh keperluannya untuk mendapatkan enjin keempat pada tahun itu – Hamilton hanya menggunakan tiga – dengan penalti tempat ke-10 bakal didudukinya jika dia memerlukan enjin kelima sebelum tahun berakhir.

ARTIKEL YANG SAMA