F1 Rusia contohi Singapura

F1 Rusia contohi Singapura

MOSCOW, 1 Okt (Agensi) – Kerajaan Rusia berkata ia dalam perbincangan untuk melanjutkan kontraknya bagi menghoskan Grand Prix Formula Satu Rusia sekitar 2020 dan mahu menjadikannya perlumbaan pada waktu malam.

Pada satu mesyuarat bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, Timbalan Perdana Menteri, Dmitry Kozak berkata dia mahu mengikuti contoh Singapura dan menarik lebih ramai peminat untuk pertukaran format waktu malam, menurut agensi berita negara.

“Pada masa sekarang, kami mengadakan perbincangan bagi melanjutkan tempoh kontrak, yang berakhir pada 2020, dan juga meneruskan, kerana perlumbaan ini adalah lebih popular, perlumbaan di Sochi dari waktu siang sehingga malam,” kata Kozak yang dipetik sebagai berkata.

Pemandangan dari udara menunjukkan litar perlumbaan F1 di tengah kota raya Singapura yang berlangsung pada waktu malam. – Reuters
Pemandangan dari udara menunjukkan litar perlumbaan F1 di tengah kota raya Singapura yang berlangsung pada waktu malam. – Reuters

Promoter bagi perlumbaan Sochi, Sergei Vorobyov, memberitahu agensi berita R-Sport bahawa pertukaran kepada perlumbaan waktu malam itu “hampir pasti” berlaku pada 2017. Perlumbaan waktu malam tahun depan adalah “tidak mungkin,” beliau dipetik sebagai berkata.

Grand Prix pertama Rusia telah diadakan pada Oktober 2014 di litar sekitar tempat-tempat dari Olimpik Musim Sejuk tahun lepas di Sochi.

GP Rusia adalah yang seterusnya dalam jadual, iaitu pada 11 Oktober.