F1: Vettel bidas arahan terbaharu FIA

F1: Vettel bidas arahan terbaharu FIA

BUDAPEST, 22 Julai – Bekas juara dunia, Sebastian Vettel membidas cadangan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang mahu mengetatkan syarat penggunaan radio sambil mendakwa pelumba dan pegawai perlumbaan bebas menggunakan alat itu ketika berlumba.

“Saya fikir semua isu mengenai penggunaan radio ketika berlumba adalah satu jenaka,” kata pelumba Ferrari menjelang GP Hungary hujung minggu ini.

Pengarah perlumbaan FIA, Charlie Whiting mengeluarkan ‘arahan teknikal’ kepada semua pasukan semalam yang meminta mereka hanya memperkatakan hal yang dibenarkan saja kepada pelumba menerusi radio.

Berdasarkan surat yang diperoleh Reuters, didapati arahan teknikal Whiting itu mahu semua pasukan hanya dibenarkan memberitahu pemandu mereka berhubung arahan memasuki pit untuk membaiki kerosakan atau membetulkan masalah pada kenderaan lumba sahaja.

Vettel membidas cadangan FIA yang mahu mengetatkan syarat peng-gunaan radio sambil mendakwa pelumba dan pegawai perlumbaan bebas menggunakan alat itu ketika berlumba. – AFP
Vettel membidas cadangan FIA yang mahu mengetatkan syarat peng-gunaan radio sambil mendakwa pelumba dan pegawai perlumbaan bebas menggunakan alat itu ketika berlumba. – AFP

Arahan terbaru itu dikeluarkan selepas Nico Rosberg, didapati mendapat manfaat ketika di GP British apabila pasukan Mercedes memaklumkan keadaan kerosakan pada kota gear keretanya menerusi radio.

Seminggu sebelum itu, pemandu pasukan Force India, Sergio Perez berdepan saat cemas apabila terbabit kemalangan akibat kerosakan brek di GP Austria.

Kemalangan berlaku selepas pasukannya menyangka penggunaan radio ditegah ketika perlumbaan sekali gus mengabaikan ‘arahan memasuki pit’ kepada pelumba Mexico itu.

Vettel, 29, berkata, arahan terbaru FIA itu jelas bercanggah dengan penggunaan teknologi zaman moden sekali gus meminta FIA menarik semula larangan berkenaan bagi mengelak lebih banyak tragedi menimpa pemandu. – Agensi