F1: Vettel paling pantas

F1: Vettel paling pantas

BARCELONA, 23 Feb (AFP) – Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel mengatasi juara dunia Lewis Hamilton selepas melakukan catatan terpantas apabila bermulanya musim Formula Satu (F1) 2016 dengan ujian pertama di Barcelona hari ini.

Pasukan gergasi Itali itu dijangka akan menampilkan cabaran lebih kuat kepada jentera Mercedes milik Hamilton musim ini selepas Vettel menunjukkan kebangkitan Ferrari dengan menjuarai tiga perlumbaan musim lalu.

Juara dunia empat kali itu hampir setengah saat lebih laju berbanding Hamilton dengan masa 1 minit 24.939 saat.

Walau bagaimanapun, Vettel berharap dapat mendahului pelumba Hamilton dan Rosberg sepanjang musim ini.

Vettel mencatatkan rekod masa terpantas ketika menjalani sesi ujian pertama menjelang musim yang akan datang di Barcelona. – Reuters
Vettel mencatatkan rekod masa terpantas ketika menjalani sesi ujian pertama menjelang musim yang akan datang di Barcelona. – Reuters

“Bukan sahaja untuk peminat tetapi untuk diri saya dan seluruh pasukan, kami akan berjuang sehingga ke peringkat akhir dan mendapatkan peluang yang baik,” katanya.

“Jelas sekali tahun lepas kami mempunyai tahun yang mengejutkan yang sangat baik untuk kami, terutama bagi suasana dan motivasi pasukan, dan mudah-mudahan kita boleh membawa kejayaan seperti itu pada tahun ini.

Bagaimanapun, selepas mendominasi perlumbaan itu sejak dua musim lalu, ketahanan Mercedes memberikan satu lagi amaran kepada pasukan lain di paddok ketika Hamilton mencipta catatan pusingan terbanyak dengan 66 sebelum makan tengah hari.

Williams sekali lagi muncul terbaik selepas itu apabila Valtteri Bottas ketiga terpantas.

ARTIKEL YANG SAMA