F19 NMT juara futsal BSJV

F19 NMT juara futsal BSJV

Oleh Hasrulraizan

 

KUALA BELAIT, 24 Dis – Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) baru-baru ini telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Brunei Shell Joint Venture (BSJV) 2015.

Kejohanan tahunan itu telah menarik penyertaan pasukan-pasukan di bawah BSRC dengan perlawanan akhir telah mempertemukan di antara Futsal Squadron dengan F19 NMT. Kejohanan yang antara lain bertujuan untuk memilih pemain untuk Sukan Ria Antara Syarikat 2016 itu telah dijuarai F19 NMT selepas berjaya mengalahkan Futsal Squadron dengan jaringan 3-0.

Selaku juara, F19 NMT telah membawa pulang piala rebutan dan pingat emas, manakala Futsal Squadron berpuas hati menerima pingat perak.

Antara tujuan kejohanan itu dianjurkan juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli BSRC berkenal-kenalan di antara satu dengan yang lain serta menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan mereka melalui sukan.

Juara Futsal BSJV.. F19 NMT.
Juara Futsal BSJV.. F19 NMT.

ARTIKEL YANG SAMA