FA Cup milik Arsenal

FA Cup milik Arsenal

LONDON, 31 Mei (AP) – Tirai FA Cup kini sudah sampai ke penghujungnya apabila Arsenal berjaya mempertahankan kejuaraannya setelah mengalahkan Aston Villa semalam dengan jaringan 4-0 yang berlangsung di Stadium Wembley, London.

Theo Walcott menamatkan musim yang mengecewakan dengan menjaringkan gol pertama ketika Arsenal mencatatkan rekod Piala FA ke-12.

Walcott, yang tidak beraksi hampir sepanjang 2014 dengan kecederaan lutut yang dihadapinya dalam perlawanan Piala FA, meledakkan voli pada minit ke-40 untuk meletakkan juara bertahan Arsenal di depan.

Alexis Sanchez menggandakan pendahuluan dengan rembatan dari jarak 25 ela yang menerjah bawah palang sebelum Per Mertesacker menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-62. Olivier Giroud melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.

“Ia adalah luar biasa,” kata Walcott. “Sebarang kemenangan adalah luar biasa. Perkara yang kami lakukan hari ini adalah hebat, kami bermain dengan baik dan mengekalkan permainan bersih. Kami selalu tahu jika kami mengekalkan permainan bersih kami akan menjaringkan gol dan memenangi perlawanan.”

Arsenal FC bergambar ramai bersama trofi kemenangan mereka. – AFP
Arsenal FC bergambar ramai bersama trofi kemenangan mereka. – AFP

Selepas sembilan tahun kemarau trofi, Arsenal sekarang memenangi Piala itu dua tahun berturut–turut, mengatasi 11 rekod gelaran Manchester United.

Kemenangan itu juga bermakna Arsene Wenger mencatatkan kejayaan piala sebagai pengurus keenam, menyamai Geroge Ramsay dari Villa, yang memenangi gelaran terakhirnya pada 1920.

“Ia adalah sesuatu yang perlu saya banggakan,” kata Wenger. “Jika seseorang melakukannya (dalam zaman moden) ia bermakna adalah sukar.”

Kemenangan itu lebih selesa berbanding tahun lepas, apabila Arsenal terpaksa bangkit setelah ketinggalan dua gol untuk menewaskan Hull 3-2 pada masa tambahan. Keputusan semalam tidak pernah diragukan ketika Arsenal menguasai permainan dari awal dan Villa yang terpaksa untuk menentang penyingkiran Liga Perdana sehingga dua pusingan terakhir musim ini, tidak mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada sepanjang perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA