FA ingin anjur kejohanan penuh

FA ingin anjur kejohanan penuh

LONDON, 22 Sept – Pertubuhan Bola Sepak England (FA) berharap peranannya dalam pementasan Euro 2020 akan menyediakan satu platform bagi negara itu untuk menghoskan kejohanan penuh sekali lagi, ujar pengerusi baru Greg Clarke awal pagi tadi.

England akan menghoskan perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir pada Euro 2020, yang dipertandingkan di seluruh 13 negara Eropah bersempena ulang tahun ke-60 kejohanan itu.

England telah disengat dalam bidaan bagi Piala Dunia 2018, meraih hanya dua undian apabila tewas ke atas Rusia, dan tidak pernah menganjurkan kejohanan utama sejak Euro 96.

Greg Clarke ketika berucap pada acara tersebut. - AFP
Greg Clarke ketika berucap pada acara tersebut. – AFP

“Saya berasa ia akan menjadi satu pertanyaan besar untuk mendapatkan Euro 2024 apabila kami mendapatkan perlawanan akhir di sini pada 2020,” Clarke memberitahu para wartawan pada pelancaran acara Euro 2020 di London.

“Kami ingin mengetahui sama ada kami mempunyai peluang munasabah untuk menang, kerana kali terakhir kami membelanjakan 18 juta pound (AS23.3 juta, 20.9 juta euro) kami tidak mempunyai peluang untuk menang.”

Proses bidaan bagi Piala Dunia 2018 dan kejohanan 2022, dimenangi oleh Qatar, dicemari oleh tuduhan-tuduhan membeli undian. – AFP