Fabio Borini sertai Sunderland

Fabio Borini sertai Sunderland

LONDON, 1 Sept (AFP) – Sunderland telah smelengkapkan perpindahan penyerang Itali, Fabio Borini dari Liverpool dengan nilai dianggarkan mencecah sehingga 10 juta pound, kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata semalam.

“Sunderland gembira mengumumkan perpindahan Fabio Borini dari Liverpool dengan bayaran yang tidak didedahkan,” menurut satu kenyataan di laman web kelab itu mengesahkan.

“Pemain berusia 24 tahun itu telah menandatangani perjanjian empat tahun di Stadium of Light dan kembali ke kelab itu selepas tempoh pinjaman yang berjaya semasa musim 2013-14.

Pada musim itulah beliau menjadi kegemaran peminat dengan 10 gol termasuk serangan terhadap Newcastle United, Chelsea dan di Wembley pada final Piala Liga.”

Borini adalah pemain pertama yang dibawa masuk ke Anfield oleh Brendan Rodgers selepas menjadi jurulatih pasukan itu pada Julai 2012. Dia pernah bersama Rodgers dengan kelab lamanya, Chelsea dan Swansea City.

Borini hanya mampu menjaringkan tiga gol dalam 38 penampilan bersama skuad The Reds.

Dia yang juga pemain Itali sebelum ini pernah beraksi dengan Sunderland secara pinjaman pada musim 2013-2014 dan menjaringkan tujuh gol daripada 32 penampilan.

Sebelum ini, pemain berusia 24 tahun itu turut menjadi buruan kelab Inter Milan, Fiorentina dan Warford namun tawaran mereka ditolak.

Selain Borini, Liverpool selepas ini juga dijangka menjual Jose Enrique yang menjadi sasaran West Brom.

ARTIKEL YANG SAMA