Fabius beri amaran kesan pemanasan global

Fabius beri amaran kesan pemanasan global

PARIS, 9 Nov (AFP) – Diplomat tertinggi Perancis yang akan mempengerusikan sidang mesyuarat Paris pada hujung tahun, ditugaskan dengan memeterai perjanjian menyelamat iklim, semalam memberi amaran tentang ‘bencana’ bumi yang bakal mengancam, jika rundingan gagal.

Kenyataan Menteri Luar Laurent Fabius dibuat sebagai laporan berasingan yang memberi amaran tentang kesan memusnah kepanasan sejagat ke atas orang miskin dan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seluruh dunia.

“Kehidupan di bumi kita sendiri yang berisiko,” Fabius memberitahu para wartawan ketika menteri-menteri dan utusan iklim dari 70 buah negara mengadakan pertemuan bagi rundingan sebelum sidang mesyuarat untuk menyelesaikan persoalan politik yang sukar.

Dengan persidangan utama PBB tinggal tiga minggu lagi, dia juga mengumumkan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin akan menghadiri pembukaan pada 30 November.

Rusia, pengeluar utama minyak, dilihat sebagai penyelesai atau penghalang dalam cubaan bertahun-tahun lamanya untuk merundingkan perjanjian sejagat pertama dunia untuk membendung pengeluaran gas rumah hijau yang mengubah iklim.

“Wujud kesegeraan mutlak,” kata Fabius, untuk mencapai matlamat PBB yang membataskan kepanasan sejagat kepada dua darjah selsius dari paras sebelum Revolusi Industri.

Panel sains iklim PBB memberi amaran suhu purata meningkat ‘empat, lima, enam darjah, jika kita tidak bertindak cepat,” ujarnya.

“Ini akan mendatangkan kesan memusnah kerana akan berlaku kemarau dan masalah migrasi sangat besar, termasuklah masalah perang dan keamanan.”

ARTIKEL YANG SAMA