Fabregas bantu Sepanyol benam Costa Rica

Fabregas bantu Sepanyol benam Costa Rica

LEON, 12 Jun (AFP) – Cesc Fabregas menjadi pemenang selepas pasukan Sepanyol bangkit untuk menewaskan Costa Rica 2-1 dalam aksi persahabatan semalam sebelum perlawanan kelayakan Euro 2016 mereka dengan Belarus.

Johan Venegas mengejutkan Sepanyol dengan memberikan pasukan pengunjung mata pendahuluan di Leon selepas lima minit tetapi Paco Alcacer menyamakan kedudukan dua minit kemudian dengan penamat klinikal.

Costa Rica terus menimbulkan ancaman menjelang waktu rehat tetapi Fabregas menjaringkan gol dari jarak dekat selepas 29 minit dan Sepanyol berpeluang menjamin kemenangan lebih selesa selepas masa rehat.

Pertahanan Barcelona Gerard Pique bermain pada separuh masa kedua diiringi siulan daripada sebahagian peminat Real Madrid di kalangan penonton yang marah dengan cara dia mentertawakan pasukan mereka ketika keraian selepas pasukan Catalan memperoleh tiga kemenangan musim ini.

Dia mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Colombia Kevin Roldan yang membuat persembahan pada majlis hari jadi untuk Cristiano Ronaldo yang mencetuskan kontroversi di Real kerana ia menyusuli satu kekalahan La Liga oleh Atletico Madrid.

Fabregas meraikan gol bersama Alex Vidal dan Francisco Alcacer (kanan) semasa menentang Costa Rica di stadium Reino de Leon, utara Sepanyol semalam. - Reuters
Fabregas meraikan gol bersama Alex Vidal dan Francisco Alcacer (kanan) semasa menentang Costa Rica di stadium Reino de Leon, utara Sepanyol semalam. – Reuters

Sepanyol sekarang mengalih tumpuan kepada perlawanan kelayakan Kumpulan C Euro 2016 di Belarus pada Ahad. Mereka mempunyai 12 mata daripada lima perlawanan di belakang Slovakia yang memimpin tiga mata di depan.

Pasukan Sepanyol Vicente del Bosque, yang telah memenangi dua perlawanan Euro sebelum ini, bercita-cita untuk bangkit selepas tewas dalam kejuaraan Piala Dunia mereka pada tahun lalu di Brazil di mana mereka disingkirkan dalam peringkat kumpulan.

Aleix Vidal bermain untuk kali pertama tatkala Del Bosque terus membawa masuk pemain baru dan membina semula pasukan Sepanyol ekoran pesaraan pemain utama seperti pemain midfield Xavi dan Xabi Alonso.

ARTIKEL YANG SAMA