Fabregas: Conte mampu perkasa semula Chelsea

Fabregas: Conte mampu perkasa semula Chelsea

LONDON, 29 April – Cesc Fabregas berharap ketibaan pengurus Itali, Antonio Conte (bawah) musim depan akan membawa Chelsea sekali lagi mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selepas memenangi liga dengan selesa musim lalu, 2015/16 menjadi tahun yang buruk terhadap juara bertahan itu dengan ikon kelab, Jose Mourinho dipecat pada Disember.

Malah, The Blues akan terlepas Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak Roman Abramovich tiba di Stamford Bridge pada 2003.

Tetapi dengan bekas pengurus Juventus, Conte yang menjadi pengurus kesembilan pada era Abramovich selepas kempen Itali di Euro 2016, Fabregas berharap pelantikan itu akan menjadikan kegagalan meraih sebarang kejuaraan menjadi tempoh yang singkat.

“Ia adalah musim yang mengecewakan,” kata pemain tengah Sepanyol itu. “Ia menjadi kali pertama dalam beberapa tahun ini saya tidak akan bermain dalam Liga Juara-Juara.

p21-3_20160430

“Kami mesti kembali kuat. Saya harap kami boleh bersaing untuk kejuaraan di England tahun depan. Dengan Antonio Conte akan menjadi pengurus baharu. Dia sudah membuktikan betapa dia boleh bekerja dengan berjaya.”

Conte menyertai pengurus lain seperti Jurgen Kopp di Liverpool dan bekas jurulatih Barcelona, ​​Pep Guardiola, yang akan tiba di Manchester City dari Bayern Munich pada akhir musim ini dan Fabregas percaya Liga Perdana Inggeris akan menjadi lebih menarik. – Agensi