Fabregas nafi jadi penghasut

Fabregas nafi jadi penghasut

LONDON, 4 Nov (dpa) – Pemain midfield Chelsea Cesc Fabregas menafikan bahawa berlaku “pemberontakan” di bilik persalinan di kelab Inggeris yang bermasalah tersebut.

Pemain antarabangsa berasal Sepanyol itu dibabitkan dalam sebuah blog sebagai pemimpin “pemberontakan kecil” ke atas pengurus Jose Mourinho berikutan permulaan yang buruk pada musim sekarang.

“Saya suka menjelaskan bahawa bertentangan dengan beberapa laporan daripada sebahagian laman sesawang, saya sesungguhnya amat gembira bersama dengan Chelsea dan mempunyai hubungan yang bagis dengan pengurus,” kata Febregas melalui laman sosial Twitter rasminya.

“Mungkin terdapat beberapa individu dari luar yang cuba menjejaskan kestabilan kelab ini tetapi saya penuh yakin kami akan kembali semula dalam keadaan stabil.”

Dari kiri ke kanan menunjukkan para pemain Chelsea, Gary Cahill, Cesc Fabregas, Nemanja Matic, Kurt Zouma dan John Terry menjalani sesi latihan di kem latihan pasukan itu di Cobham, England, pada 3 November 2015. – Agensi
Dari kiri ke kanan menunjukkan para pemain Chelsea, Gary Cahill, Cesc Fabregas, Nemanja Matic, Kurt Zouma dan John Terry menjalani sesi latihan di kem latihan pasukan itu di Cobham, England, pada 3 November 2015. – Agensi

Chelsea menduduki tempat ke-15 dalam jadual liga dengan enam kekalahan dari sejumlah 11 perlawanan, yang terbaru kalah 3-1 ke atas Liverpool pada Sabtu lepas. Mourinho kini disebut-sebut bakal menjadi pengurus Liga Perdana Inggeris seterusnya yang bakal dikenakan pemecatan.

Pengurus berasal dari Portugal itu sejak kebelakangan ini menjadi tajuk utama berita kerana beberapa sebab musim ini dan pada Isnin lepas dikenakan hukuman denda 40,000 pound (AS$61,700) dan pengharaman satu perlawanan selepas mengaku bersalah atas dakwaan salah laku ketika perlawanan liga baru-baru ini.