Fabregas ‘perintis’ di Sepanyol

Fabregas ‘perintis’ di Sepanyol

MADRID, 8 Okt (Reuters) – Pertahanan tengah Sepanyol dan Barcelona, Gerard Pique melabel Cesc Fabregas sebagai ‘perintis’ ketika bintang tengah Chelsea itu bersedia untuk memenangi penampilan ke-100 untuk La Roja.

Fabregas, 28 menjadi salah seorang pemain Sepanyol terbaik beraksi di luar negara bermula ketika meninggalkan Barca di usia 16 tahun untuk menyertai Arsenal.

Bagi Pique, rakan sepasukannya itu yang kembali ke Barcelona pada 2011 sebelum kembali ke London untuk menyertai Chelsea adalah model yang baik bagi pemain yang ingin mengikuti langkahnya beraksi di England.

“Cesc adalah perintis dengan pergi ke London pada usia 16 tahun,” kata Pique. “Kemudian, kebanyakan daripada kami juga pergi dan dia memberi contoh kepada ramai pemain.

“Dia adalah juara. Kami mengenai satu sama lain sejak kami amat kecil dan jika Cesc tidak menang, dia mungkin tidak bercakap kepada kamu sepanjang hari atau tidak menjawab panggilan kamu,” katanya.

Gerard Pique (kiri) dan Cesc Fabregas. – AFP
Gerard Pique (kiri) dan Cesc Fabregas. – AFP

Pique yang juga berumur 28 tahun turut berada di akademi Barca bersama Febregas sebelum berhijrah ke Manchester United pada 2004. Pada 2008, dia kembali ke Barcelona.

Perlawanan menentang Luxemburg pada awal pagi Sabtu dan Ukraine, tiga hari kemudian memberikan Fabrages penampilan ke-100 bersama Sepanyol.

Membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada Mei 2006 bertemu Ivory Coast, Fabregas muncul antara tonggak Sepanyol yang memenangi dua gelaran Eropah berturut-turut pada 2008 dan 2012 selain Piala Dunia pada 2010.

Penaltinya ketika perlawanan suku akhir menentang Itali pada Euro 2008 dianggap penentu penting kepada nasib Sepanyol di kejohanan terbabit.

“Saya pastinya teruja untuk mencapai tahap ini (100 kap) dan berharap ia akan berlaku,” kata Fabregas.

Sepanyol boleh mengesahkan tempat ke peringkat akhir Euro 2016 andai mencatat kemenangan ke atas Luxembourg di Logrono.

ARTIKEL YANG SAMA