Fabregas tidak ke mana-mana

Fabregas tidak ke mana-mana

CHELSEA, 31 Dis (Reuters) – Pengurus sementara Chelsea Guus Hiddink menolak laporan-laporan bahawa Cesc Fabregas akan meninggalkan kelab itu ketika jendela pertukaran dibuka Januari depan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah gagal untuk menemui semua permainan hebatnya ketika musim permulaan bersama ‘the Blues’, yang mana pemain berusia 28 tahun itu mendaftar rekod 19 assist untuk membantu Chelsea memenangi gelaran Liga Perdana sebelum ini.

Fabregas, yang gagal untuk membuat sebarang jaringan dalam 18 penampilan musim ini, telah dikaitkan dengan pemindahan ke kelab Itali Juventus dan Inter Milan di tengah-tengah laporan di mana Hiddink melihat lebih banyak aksi pertahanan kepada posisi tengahnya.

“Kami memerlukan semua pemain di sini hingga ke penghujung musim. Chelsea masih di kedudukan di mana kami perlu untuk memperbaiki untuk mendaki kedudukan liga, jadi kami memerlukan semua pemain ketika ini,” Hiddink memberitahu para pemberita kelmarin menjelang pertembungan dengan Crystal Palace Ahad ini.

“Jadi kami tidak perlu bercakap mengenai khabar angin itu. Cesc tiba dengan senyuman, yang saya selalu senang melihatnya. Para pemain datang dengan senyuman dan bukan dengan muka masam.”

Cesc Fabregas (kanan) dan Radamel Falcao ketika satu sesi latihan bersama kelab. – Reuters
Cesc Fabregas (kanan) dan Radamel Falcao ketika satu sesi latihan bersama kelab. – Reuters

Chelsea telah menawarkan Didier Drogba satu jawatan ke dalam kakitangan pasukan jurulatih dan telah membuat perundingan dengan Montreal Impact mengenai bekas penyerang Chelsea itu.

Bagaimanapun, Hiddink berkata belum ada sebarang perubahan pun mengenai pemain Ivory Coast itu dalam mengambil jawatan itu.

“Didier adalah pemain unik dengan status besar yang amat baik untuk segala kelab miliki, terutamanya dia kerana dia adalah legenda Chelsea,” kata Hiddink.

“Namun dia mempunyai kontrak bersama Montreal ketika ini, dan kami juga perlu menghormatinya.”

ARTIKEL YANG SAMA