Facebook bakal lancar ‘Facebook at Work’

Facebook bakal lancar ‘Facebook at Work’

WASHINGTON, 10 Dis – Facebook Inc dijangka akan melancarkan rangkaian sosialnya bagi versi profesionalnya iaitu Facebook at Work tidak lama lagi, selepas mengujinya dalam masa setahun, menurut eksekutif syarikat itu.

Perkhidmatan baru itu, yang disesuaikan untuk kolaborasi tempat kerja, hampir sama dengan rangkaian sosial yang sentiasa ada, dengan perkhidmatan chat, ‘feed, dan ‘likes’.

“Saya boleh katakan 95 peratus dengan apa kami cipta buat Facebook juga diadaptasi untuk Facebook at Work,” kata pengarah kongsi sama platform global Facebook, Julien Codorniou, memberitahu Reuters.

Bagaimanapun, pengguna Facebook at Work akan mengekalkan profil khas yang berbeza dengan profil Facebook yang sudah ada.

Syarikat itu juga akan membangunkan produk eksklusif buat Facebook at Work, termasuk alat sekuriti, kata Codorniou.

Facebook memulakan perkhidmatan ujian beta pada Januari dan mengekalkannya percuma bagi perkhidmatan ‘invite-only’ buat syarikat sejauh ini.

Perkhidmatan itu akan dibukakan kepada semua syarikat sebaik ia dilancarkan dan Facebook merancang untuk mengenakan bayaran ‘beberapa dolar sebulan bagi seorang pengguna’ untuk perkhidmatan premium seperti sokongan pelanggan dan analitis, menurut jurucakap wanita syarikat berkenaan. – AFP