Facebook cipta alat penapisan baru

Facebook cipta alat penapisan baru

SAN FRANCISCO, 23 Nov – Facebook telah mencipta alat bagi penapisan penghantaran secara geografi di rangkaian sosial terkemuka itu ketika ia berusaha bagi laluan kembali ke China, lapor The New York Times semalam. New York Times merujuk kepada tiga orang kakitangan sekarang dan bekas Facebook, yang mahu merahsiakan identitinya sebagai mengatakan alat itu boleh menapis news feed di rangkaian sosial di tempat-tempat tertentu.

“Kami telah lama mengatakan bahawa kami berminat dengan China, dan menghabiskan masa memahami dan mempelajari banyak tentang negara itu,” seorang jurucakap wanita Facebook berkata dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel dalam respons kepada pertanyaan AFP. “Bagaimanapun, kami belum membuat sebarang keputusan tentang pendekatan kami ke China.”

Pengasas bersama dan ketua eksekutif Facebook Mark Zuckerberg telah menyokong usaha untuk membina alat itu bagi penapisan penghantaran, menurut New York Times. Zuckerberg selama bertahun-tahun mempelajari bahasa Mandarin, dan telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin China dan melawat negara itu.

Rangkaian sosial itu telah diharamkan di China sejak 2009, nyata sekali disebabkan kepentingan pihak berkuasa di sana untuk mengawal maklumat yang dikongsi atau pergerakan yang dianjurkan menggunakan internet.

Gambar fail 19 November 2016 menunjukkan Mark Zuckerberg berucap semasa sidang kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif di forum tahunan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru. – AP
Gambar fail 19 November 2016 menunjukkan Mark Zuckerberg berucap semasa sidang kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif di forum tahunan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru. – AP

Facebook telah membataskan kandungan di banyak negara dalam separuh kedua tahun lalu, menurut laporan telus terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat yang beribu pejabat di California itu. Syarikat-syarikat internet AS telah mengamalkan pematuhan pada permintaan kerajaan sah untuk menyekat maklumat yang dihantar, sejajar dengan undang-undang tempatan, tertakluk pada penilaian.

Misalnya, Facebook berkata di Rusia ia membataskan kandungan yang dikatakan oleh pihak berkuasa mencabuli “integriti Persekutuan Rusia dan undang-undang tempatan yang menegah kegiatan seperti rusuhan awam besar-besaran dan promosi dan jualan dadah.”

Laporan telus itu mengatakan kemudahan kepada urusan di Pakistan diketatkan disebabkan dakwaan bahawa undang-undang penghinaan setempat dicabuli. .

Di Perancis, Facebook mengetatkan kandungan yang dilaporkan di bawah undang-undang yang menegah penafian holokus atau membiarkan pengganasan, menurut laporan telus itu lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA