Facebook – Eutelsat bekerjasama bagi penyambungan satelit Internet jalur lebar

Facebook – Eutelsat bekerjasama bagi penyambungan satelit Internet jalur lebar

PARIS, 5 Okt (AFP) – Pengendali satelit Komunikasi Eutelsat Eropah dan gergasi media sosial Facebook, berkata hari ini mereka bekerja bersama-sama untuk bagi penyambungan satelit Internet jalur lebar bagi sambungan kawasan di Sub – Sahara Afrika.

Firma itu mendedahkan mereka telah mencapai satu perjanjian dalam beberapa tahun ini dengan firma komunikasi satelit Spacecom untuk menggunakan muatan jalur lebar satelit keseluruhan iaitu AMOS-6 dan ia mula beroperasi pada pertengahan tahun depan dan menyediakan perlindungan untuk sebahagian besar sub-Sahara Afrika, selepas mengenal pasti “permintaan sambungan yang mengalakkan”.

Eutelsat berkata dalam satu kenyataan, projek itu akan menawarkan akses “pengunaan berpatutan, bersiap untuk digunakan” perkakasan, berkongsi kapasiti dengan Facebook di kawasan-kawasan yang sering kekurangan akses kepada rangkaian yang tetap dan mudah alih.

“Rangkaian satelit adalah amat sesuai untuk perhubungan ekonomi orang ramai dengan kadar rendah ke kawasan-kawasan penduduk berkepadatan sederhana,” tambah Eutelsat.

Kapasiti ini akan membolehkan Eutelsat untuk meningkatkan aktiviti jalur lebar di kawasan sub-Sahara Afrika yang telah dimulakan dengan penggunaan satelit Ku-band bagi perkhidmatan kepada pengguna profesional.

Eutelsat sedang menubuhkan sebuah syarikat baru yang berpusat di London yang akan mengemudi wawasan jalur lebar dan perniagaan di Afrika.

Syarikat itu akan diketuai oleh Laurent Grimaldi, pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tiscali Network International, dan akan memberi tumpuan kepada perkhidmatan bagi pengguna premium dan profesional.

Facebook dua tahun lalu telah melancarkan Internet.org, satu inisiatif untuk mempercepatkan lagi sambungan di kawasan akses rendah dan mengumumkan rancangan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di Afrika untuk meningkatkan kedua-dua satelit dan kapasiti daratan bagi kawasan luar bandar.

“Misi Facebook adalah untuk penyambungan seluruh dunia, dan kami percaya bahawa satelit akan memainkan peranan penting dalam menangani halangan besar yang wujud dalam menghubungkan penduduk di Afrika,” kata Chris Daniels, naib presiden Internet.org, dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA