Facebook kekal rangkaian sosial berpengaruh – kajian

Facebook kekal rangkaian sosial berpengaruh – kajian

WASHINGTON, 20 Ogos – Facebook tetap menjadi rangkaian sosial berpengaruh untuk pengguna Internet Amerika Syarikat, sementara Twitter telah gagal menyaingi pesaing seperti Instagram dan Pinterest, satu kajian menunjukkan semalam.

Laporan Pusat Penyelidikan Pew mendapati 72 peratus daripada warga Amerika yang menggunakan Internet kini menggunakan Facebook, pertambahan sebanyak satu peratusan mata berbanding setahun lalu dan lima mata lebih tinggi daripada tahun 2012.

Disebabkan kebanyakan warga Amerika menggunakan Internet, angka tersebut mencadangkan 62 peratus daripada kesemua orang dewasa AS menggunakan Facebook, menurut Pew. Kajian menunjukkan Pinterest, rangkaian gaya papan kenyataan, digunakan oleh 31 peratus daripada mereka yang ditinjau sementara rangkaian perkongsian gambar milik Facebook Instagram merebut 28 peratus, dengan kedua-duanya menunjukkan pertumbuhan besar.

Saham Twitter masih kekal pada 23 peratus, tahap yang sama seperti pada tahun lalu, walaupun ia meningkat daripada 16 peratus pada 2012.

Laporan Pew adalah berdasarkan pada temu bual telefon yang dijalankan dari 17 Mac kepada 12 April di antara sampel 1,907 orang dewasa, termasuk 1,612 pengguna Internet, dengan margin kesilapan di antara 2.6 dan 4.6 peratusan mata, bergantung pada subkumpulan.

Facebook mempunyai kelebihan tambahan berbanding pesaingnya disebabkan penggunanya “amat terbabit,’ menurut tinjauan, yang mendapati 70 peratus daripada pengguna Facebook berkata mereka melayari Internet setiap hari, termasuk 43 peratus yang melakukannya beberapa kali sehari. Ia dibandingkan dengan penglibatan 59 peratus untuk pengguna Instagram, 38 peratus untuk Twitter dan 27 peratus pengguna Pinterest.

Linkedln, rangkaian sosial yang berorientasikan peningkatan kerjaya, melihat jumlah penggunanya merosot kepada 25 peratus orang dewasa, daripada 28 peratus pada 2014. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA