Facebook lancar ‘chat bots’

Facebook lancar ‘chat bots’

SAN FRANCISCO, 13 April (AFP) – Facebook semalam meluaskan jangkauan luar pergaulan onlinenya dengan membina ‘bots’(program) berkuasa perisikan tiruan ke dalam aplikasi Messenger untuk membolehkan perniagaan untuk berurusan dalam pesanan ringkas seperti secara langsung.

Langkah itu yang diumumkan pada persidangan tahunan para pemaju rangkaian sosial online terkemuka di San Francisco dibuat ketika bilangan pengguna bulanan aplikasi Messenger kepada bilangan 900 juta dan syarikat Silicon Valley berusaha untuk seiringan dengan gaya hidup internet bergerak.

“Kami berpendapat kita seharusnya dapat menghantar pesanan ringkas kepada perniagaan seperti kawan anda, dan mendapat respons pantas.

“Pengasas bersama dan yang juga ketua Facebook Mark Zuckerberg berkata ketika dia mengumumkan bahawa para pemaju boleh membuat program yang malah lebih baik dari orang sebenar pada perbualan mesej bahasa biasa.

Mark Zuckerberg di acara tahunan perkumpulan pemaju rangkaian sosial bagi memperkenalkan pembuatan ‘chat bots’ yang membolehkan perisian bertukar-tukar bahasa bersama orang ramai. Majlis diadakan di San Francisco pada Selasa lalu. – AFP
Mark Zuckerberg di acara tahunan perkumpulan pemaju rangkaian sosial bagi memperkenalkan pembuatan ‘chat bots’ yang membolehkan perisian bertukar-tukar bahasa bersama orang ramai. Majlis diadakan di San Francisco pada Selasa lalu. – AFP

Program-program itu adalah perisian yang disertakan dengan kemampuan untuk ‘belajar’ dari perbualan, lebih baik pada memahami apa yang diberitahu kepada mereka dan cara terbaik untuk memberi respons.

Program ini boleh membantu Facebook pada tempoh masa untuk memberi nilai undang-undang pada aplikasi pesanannya dan memulakan apa yang dilihat sebagai cara baru berinteraksi dengan dunia digital, berpotensi mengurangkan aplikasi telefon bimbit dan mengenepikan pencarian.

“Matlamat kami dengan perisikan tiruan ialah untuk membina sistem yang lebih baik dari orang pada penanggapan – melihat, mendengar, bahasa dan seterusnya,” Zuckerberg berkata ketika membentangkan wawasan jangka panjang bagi Facebook.

ARTIKEL YANG SAMA