Facebook larang urus niaga senjata api

Facebook larang urus niaga senjata api

WASHINGTON, 31 Jan – Facebook Inc melarang pengguna global daripada menyelaras jualan senjata api peribadi di rangkaian sosial online dan perkhidmatan perkongsian gambar Instagram pada Jumaat, mengatasi kebimbangan mengatakan ia semakin digunakan untuk memintas pemeriksaan latar belakang ke atas pembelian senapang.

Tindakan itu diambil tatkala Amerika Syarikat memperdebat isu pemerolehan senapang selepas beberapa siri kejadian menembak. Presiden AS Barack Obama telah menggesa syarikat media sosial supaya bertindak keras ke atas penjualan senapang yang dianjur di platform mereka. Ia mengemaskini dasar produk terkawal Facebook, diperkenalkan pada Mac 2014, yang mengharam orang daripada menjual marijuana, farmaseutikal dan ubat haram.

Facebook telahpun melarang penjual senjata api persendirian daripada mengiklan ‘tidak memerlukan pemeriksaan latar belakang,’ atau menawarkan urus niaga di seluruh negeri AS tanpa peniaga berlesen disebabkan syarikat berkata iklan sedemikian menunjukkan satu kerelaan untuk mengelak undang-undang.

Peruncit berlesen masih boleh mengiklan senjata api di Facebook yang membawa kepada urus niaga di luar perkhidmatan Facebook, kata jurucakap.

Facebook adalah rangkaian sosial online paling popular di dunia, dengan 1.59 bilion pengguna di seluruh dunia, 219 juta di antara mereka di Amerika Syarikat dan Kanada. Persatuan Senapang Nasional, kumpulan lobi yang menentang had ke atas hak pemilikan senapang AS, tidak memberi jawapan kepada satu permintaan untuk memberi komen.

Kumpulan yang menyokong kawalan senapang yang meningkat memuji dasar baru itu. – Reuters