Facebook Lite muncul di Asia

Facebook Lite muncul di Asia

SAN FRANCISCO, 5 Jun (AFP) – Facebook telah mengeluarkan versi “Lite” aplikasinya semalam yang cipta khusus untuk mereka yang menggunakan telefon pintar Android di tempat-tempat yang tidak sukar didapati jalur lebar data wayarles.

Facebook Lite diwujudkan untuk menggunakan sedikit data dan berfungsi walaupun keadaan rangkaian telekomunikasi yang ditahan di negara-negara sedang membangun, menurut rangkaian sosial online itu di California.

Facebook mula mengeluarkan Lite di Asia dan berkata aplikasi itu akan diperolehi di bahagian Eropah, Afrika dan Amerika Latin dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Dalam kebanyakan kawasan, rangkaian boleh menjadi perlahan dan tidak dapat menyokong semua kefungsian yang ditemui dalam Facebook bagi Android,” menurut rangkaian sosial terkemuka dalam penghantaran online.

“Facebook Lite dicipta bagi situasi ini, yang memberikan orang ramai pengalaman Facebook yang boleh dipercayai apabila jalur lebar pada tahap minimum.”

Facebook turut mengumumkan bahawa aplikasi Lite akan diperoleh di bahagian Eropah, Afrika dan Amerika Latin dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Facebook turut mengumumkan bahawa aplikasi Lite akan diperoleh di bahagian Eropah, Afrika dan Amerika Latin dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA