Facebook perkenal panggilan video dalam Messenger

Facebook perkenal panggilan video dalam Messenger

MENLO PARK, California, 6 Mei (dpa) – Para pengguna Facebook kini boleh membuat panggilan video menggunakan rangkaian sosial aplikasi mesej segera Messenger.

Menurut syarikat itu, panggilan video berkenaan boleh diakses dari mana-mana perbualan dengan hanya satu tekan sahaja. Ia telah mengatasi kebimbangan para pengguna telefon pintar, apabila seorang pengguna menggunakan iPhone dan yang lain peranti Android, dan mereka tidak dapat berhubung.

Mesenger telah memiliki lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia, menurut Facebook. Tambahan bagi panggilan video ini menjadikan ia persaingan mantap kepada Facetime Apple mahupun Skype Microsoft. Facebook juga memiliki aplikasi mesej WhatsApp yang sudah mempunyai lebih 800 juta pengguna.

Fungsi baru itu telah diperkenalkan di 18 buah negara dan akan diperluaskan ke rantau lain beberapa bulan akan datang, menurut syarikat itu.

ARTIKEL YANG SAMA