Facebook raikan satu bilion pengguna sehari

Facebook raikan satu bilion pengguna sehari

SAN FRANCISCO, 28 Ogos – Facebook meraikan satu pencapaian baru semalam dalam peralihannya yang tidak dapat disekat kepada Internet: satu bilion orang menggunakan rangkaian sosial itu dalam satu hari.

“Kami baru sahaja mencapai satu peristiwa penting,” umum ketua eksekutif dan pengasas bersama Mark Zuckernerg dalam satu artikel di laman Facebooknya.

“Pada Isnin, 1 dalam 7 orang di Bumi menggunakan Facebook untuk berhubung dengan kawan dan keluarga mereka.”

“Apabila kami bercakap mengenai kewangan kami, kami menggunakan nombor purata, namun ia adalah berlainan,” tambah Zuckerberg.

“Ia adalah kali pertama kami mencapai peristiwa penting, dan ia hanya permulaan untuk menghubungkan seluruh dunia.”

Ketua Eksekutif dan pengasas bersama facebook, Mark Zuckernerg. – AFP
Ketua Eksekutif dan pengasas bersama facebook, Mark Zuckernerg. – AFP

Zuckerberg juga menyiar satu video yang didedikasikan kepada pencapaian itu.

Dalam pengemaskinian pendapatannya pada bulan lalu, Facebook berkata pengguna aktif bulanan meningkat 13 peratus berbanding setahun lalu kepada 1.49 bilion. Jumlah pengguna peranti aktif meningkat kepada 1.31 bilion.

Facebook semalam juga berkata ia sedang menghasilkan teknologi baru yang boleh digunakan oleh pencipta video untuk mengawal terhadap kerja-kerja mereka yang ditiru di rangkaian sosial tanpa kebenaran.

“Teknologi ini disesuaikan dengan platform kami dan akan membenarkan pencipta mengenal pasti padanan video mereka di Facebook di semua halaman, profil, kumpulan dan geografi,” kata blog.

“Alat pemadanan kami akan menilai berjuta-juta muat naik video dengan segera dan tepat, dan apabila padanan timbul, penerbit boleh melaporkan mereka kepada kami untuk dibuangkan.”

Facebook merancang memulakan ujian teknologi padanan baru dengan kumpulan rakan tertentu, termasuk syarikat media.

Rangkaian sosial yang berpangkalan di California itu berkata ia mendapat tahu daripada beberapa penerbit bahawa video ada kalanya dimuat naik ke Facebook tanpa kebenaran dalam satu amalan yang dirujuk sebagai “freebooting.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA