Facebook tambah pusat data

Facebook tambah pusat data

FORTH WORTH, Texas, 8 julai (Agensi) – Facebook sedang membina satu pusat data yang besar di Texas untuk membekalkan lebih banyak kapasiti komputer untuk kegunaan 1.4 bilion pengguna bagi mengongsikan detik kehidupan mereka dengan kawan dan keluarga.

Bangunan di Fort Worth, Texas akan memuatkan sebesar 500,000 kaki persegi. Ia akan diletakkan pada tapak seluas 111 ekar yang membolehkan sebarang penambahan di masa akan datang.

Facebook berharap akan menggaji seramai 40 orang di pusat data tersebut, yang akan dijanakan dengan kuasa angin untuk mengekalkan pangkalan komputer itu berjalan.

Ia akan menjadi pusat data keempat Facebook di AS, mengikuti yang lain di Oregon, Iowa dan North Carolina. Pusat data luar negeri syarikat tersebut hanya di Sweden.

Pesaing mereka Google Inc baru-baru ini memilih Alabama untuk menjadi pusat data ke-14 mereka.

Facebook membina pusat data keempatnya di Texas.
Facebook membina pusat data keempatnya di Texas.

ARTIKEL YANG SAMA