Facebook uji teknologi bantu orang buta

Facebook uji teknologi bantu orang buta

MENLO PARK, Amerika Syarikat, 5 April (AFP) – Facebook semalam mulai menggunakan risikan tiruan untuk membantu orang yang cacat penglihatan menikmati gambar yang disiar di rangkaian social. Facebook memperkenal mesin teknologi pembelajaran yang dilatih untuk mengecam objek dalam gambar dan seterusnya menerangkan gambar dengan kuat.

Ciri-ciri tersebut sedang diuji dalam peranti yang menggunakan perisian Apple iOS dan yang mempunyai skrin pembaca yang dipasang dalam bahasa Inggeris.

Facebook merancang mengembang keupayaan tersebut pada peranti yang mempunyai sistem operasi lain dan menambah lebih banyak bahasa, menurut King, yang kehilangan penglihatannya sebagai seorang pelajar kolej AS yang mengambil kursus kejuruteraan elektrik.

Teknologi itu digunakan dalam semua aplikasi Facebook dan berdasarkan “rangkaian neutral” yang diajar untuk mengecam objek dalam gambar menggunakan berjuta-juta contoh. Lebih dua juta gambar dikongsi setiap hari di Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp, kata King.

“Sementara teknologi ini masih baru, menggunakan keupayaannya sekarang untuk memerikan gambar merupakan satu langkah besar untuk memberikan komuniti buta faedah yang sama yang dinikmati oleh orang lain daripada gambar,” kata King.