Fahami bidang kerja dengan lebih baik

Fahami bidang kerja dengan lebih baik

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Dalam memberikan kefahaman mengenai penggunaan barangan elektronik rumah dengan betul bagi mengelakkan kerosakan, kakitangan di PanaHome Eletronics Pte Ltd menghadiri seminar produk Midea yang berlangsung selama dua hari di ibu pejabat PanaHome, di sini, bermula hari ini.

Seramai 15 orang kakitangan PanaHome Eletronics Pte Ltd menghadiri seminar berkenaan untuk meningkatkan lagi kemahiran penyampaian perkhidmatan terbaik mereka kepada para pelanggan.

Ini bukan sahaja untuk mereka menjual produk yang diperlukan dan keperluan pelanggan malah untuk memahami dan mengetahui lagi mengenai produk-produk yang dijual di bawah jenama Midea.

Fasilitator bagi seminar tersebut ialah Lee Heng Fui dari Midea Scott & English Eletronics Sdn Bhd, Malaysia, yang menerangkan mengenai produk-produk Midea seperti mesin basuh dan mesin pemanas air.

Kakitangan PanaHome Electronics Pte Ltd yang menyertai seminar tersebut.
Kakitangan PanaHome Electronics Pte Ltd yang menyertai seminar tersebut.

Kefahaman terperinci yang diberikan bukan sahaja dapat membantu kakitangan syarikat itu menjual produk-produk malah juga dapat membantu para pelanggan untuk mendapatkan keperluan produk sesuai dengan penggunaan seharian.

Midea merupakan barangan elektronik jenama China yang kini menembusi pasaran Brunei setelah sekian lama dan PanaHome Electronics Pte Ltd menjadi pengedar tunggal jenama berkenaan di negara ini yang mengetengahkan pelbagai produk seperti penyaman udara, peti ais, mesin basuh dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA