Fahami kesalahan rasuah

Fahami kesalahan rasuah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan (BSB), hari ini, telah menganjurkan ceramah Mencegah Rasuah di Bilik Taklimat Tingkat 3 Balai Polis berkenaan.

Hadir sama di majlis itu ialah Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat BSB, ASP Haji Naguib bin Haji Ismail bersama kira-kira 80 anggota Polis Diraja Brunei.

Ceramah disampaikan oleh Pegawai Penyiasatan Khas Kanan, Biro Mencegah Rasuah, Haji Hisham bin Haji Sulaiman.

Menurut kenyataan daripada Polis Diraja Brunei, di sini, ceramah yang diadakan itu adalah sebagai satu platform bagi memberikan pengetahuan kepada para pegawai dan anggota polis di Daerah Polis Brunei Muara akan kesalahan-kesalahan yang melibatkan rasuah dan hukuman-hukuman yang berkaitan dengannya.

Ceramah mencegah rasuah disampaikan oleh Haji Hisham.
Ceramah mencegah rasuah disampaikan oleh Haji Hisham.
Antara anggota Polis Diraja Brunei yang menghadiri ceramah berkenaan.
Antara anggota Polis Diraja Brunei yang menghadiri ceramah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA