Faiz Subri pilihan utama menangi Anugerah Puskas

Faiz Subri pilihan utama menangi Anugerah Puskas

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Laman sesawang pertaruhan dalam talian meletakkan Mohd Faiz Subri sebagai pilihan utama untuk merangkul Anugerah Puskas menerusi sepakan lencong cantiknya.

Dianggap sebagai penyerang kurang dikenali dalam Liga Super Malaysia, Mohd Faiz Subri ialah pilihan utama dengan pertaruhan 3/1 untuk memenangi anugerah berkenaan.

Menurut akhbar Birmingham Mail, penyerang West Brom Hal Robson-Kanu diletakkan pada 7/1 oleh syarikat pertaruhan dalam talian BetStars untuk memenangi anugerah berkenaan.

Mereka yang akan memberi saingan terhadapnya termasuk bintang Argentina, Lionel Messi (7/2) dan rakan sepasukannya dari Brazil di Barcelona, Neymar (5/1). Pengarah Perdagangan BetStars, Ian Marmion berkata, sesiapa saja yang akan meraih anugerah berkenaan pada majlis FIFA pada Januari depan akan menyertai nama besar yang juga bekas pemenang, termasuk Neymar, Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic dan James Rodriguez.” – BH

ARTIKEL YANG SAMA