Fajrul menang $12,000

Fajrul menang $12,000

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah yang berlaku kepada Awang Fajrul Fawzan bin Abu Bakar apabila memenangi hadiah utama wang tunai bernilai $12,000 dalam cabutan bertuah sempena kempen ‘GHK Great Hari Raya Giveaway’s 2015,’ yang berlangsung di bilik pameran Mitsubishi, Beribi, hari ini, di sini.

Sementara itu, Hajah Jusnani binti Haji Luthfi, Dayang Hayatul Syahirah binti Jaffri, Awang Sait bin Haji Kula dan Awang Mathasan bin Haji Kanak masing-masing membawa pulang hadiah bernilai $8,000, $5,000 $3,000 dan $1,500 selaku pemenang kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Hadir bagi membuat cabutan nama pemenang utama dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pengurus Jualan Bahagian Mitsubishi, Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin di hadapan lebih 100 orang pelanggan GHK yang membeli kereta Mitsubishi sepanjang tempoh kempen berkenaan bermula bulan Julai hingga September 2015.

Turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang utama ialah Pengarah Urusan GHK Motors Sdn Bhd, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Awang Fajrul menerima $12,000 dalam cabutan bertuah.
Awang Fajrul menerima $12,000 dalam cabutan bertuah.
Hajah Jusnani menerima $8,000.
Hajah Jusnani menerima $8,000.
Dayang Hayatul Syahirah memenangi cabutan bertuah bernilai $5,000.
Dayang Hayatul Syahirah memenangi cabutan bertuah bernilai $5,000.

Dalam kempen berkenaan, pelanggan yang membeli kereta model Mitsubishi bukan sahaja berpeluang menyertai cabutan bertuah malah yang terpilih juga membawa pulang hadiah sagu hati menarik sumbangan GHK.

Tidak ketinggalan juga, seramai 40 orang pelanggan juga membawa pulang hadiah wang tunai $200 dan 10 orang pelanggan membawa pulang barangan elektronik.

ARTIKEL YANG SAMA