Faktor tamak pemain dipindahkan

Faktor tamak pemain dipindahkan

SYDNEY, 8 Feb – Perasaan tamak dilihat menjadi faktor kepada penghijrahan nama besar ke Liga Super China, namun situasi ini tidak akan membantu perkembangan pasukan kebangsaan mereka, kata bintang Australia, Tim Cahill.

Rekod perpindahan China dipecahkan empat kali pada sesi perpindahan kali ini dengan pemain tengah Brazil, Alex Teixeira menjadi perpindahan berprofil tinggi ketiga selepas Jiangsu Suning membayar 50 juta euro untuk mendapatkan khidmatnya dari Shaktar Donetsk.

Penghijrahan itu dimeterai hanya tiga hari selepas Guangzhou Evergrande mendapatkan Jackson Martinez dari Atletico Madrid dengan 42 juta euro dan sembilan hari selepas perpindahan Ramires dari Chelsea ke Jiangsu dengan nilai 28 juta euro.

Bekas bintang Everton yang kini bermain untuk Shanghai Shenhua itu berkata, cita-cita bola sepak China tidak mempunyai batasnya.

“Ketika saya tiba di China buat pertama kalinya, saya sudah menyedari visi mereka dan saya tahu apa yang mereka mahukan.

Alex Teixeira menjadi perpindahan berprofil tinggi ketiga selepas Jiangsu Suning membayar 50 juta euro untuk mendapatkan khidmatnya dari Shaktar Donetsk. – AFP
Alex Teixeira menjadi perpindahan berprofil tinggi ketiga selepas Jiangsu Suning membayar 50 juta euro untuk mendapatkan khidmatnya dari Shaktar Donetsk. – AFP

“Untuk melihat bagaimana hala tuju yang mereka sasarkan dulu dengan keadaan yang berlaku sekarang, ia agak gila.

“Mereka mempunyai kuasa dari aspek kewangan dan apabila mereka mahukan sesuatu, mereka akan tetap akan mendapatkannya dan membuangnya jika sudah tidak mahukannya lagi.

“Anda boleh lihat ramai pemain yang masuk dan juga keluar dari sesuatu kelab di sini.

“Nampak agak gila tetapi ia akan jadi lebih buruk nanti. Mungkin dengan mudah mereka boleh mengeluarkan 70 juta dolar hanya untuk seorang pemain,” kata Cahill. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA