Faktor usia bukan penghalang

Faktor usia bukan penghalang

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Usia bukan penghalang untuk melakukan kegiatan sihat, dan ini dibuktikan oleh seorang warga emas berusia 93 tahun yang menyertai aktiviti senaman sihat yang berlangsung di luar Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

Walaupun pada usia yang lanjut, Pengiran Haji Umar bin Pengiran Haji Sulaiman dari Kampung Jaya Setia kelihatan teruja menyertai acara senaman bersama para peserta lain dalam aktiviti anjuran Kampung Jaya Setia/Jaya Bakti dan Kampung Anggerek Desa/Kampung Orang Kaya Besar Imas berkenaan.

Hadir sama ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Berakas A, Yang Berhormat Haji A. Ahmad bin Husain.

Senaman yang disertai oleh pelbagai peringkat umur.
Senaman yang disertai oleh pelbagai peringkat umur.

Aktiviti berkenaan diadakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya para belia untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan makan makanan mengandungi lemak, minyak dan mengamalkan permakanan yang sihat.

Acara ini akan diungkayahkan bersama secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah diaturkan bersama Penghulu Mukim Berakas A dan ketua-ketua kampung.

ARTIKEL YANG SAMA