Falcao kapten di Copa America

Falcao kapten di Copa America

BOGOTA, 3 Jun (Reuters) – Jurulatih Colombia, Jose Pekerman telah menamakan pemain penyerang Radamel Falcao sebagai kapten pasukan bagi skuad Copa Amerika yang percaya dia menunjukkan rentak terbaik biarpun musim mengecewakan di Manchester United.

“Kami yakin sepenuhnya terhadap Falcao, dia adalah penting dalam pasukan kebangsaan,” kata Pekerman. “Kami menjangkanya untuk mencapai tahap maksimum (bagi Colombia).”

Jurulatih dari Argentina itu memberikan kepercayaan terhadap skuad 23 pemainnya yang mara ke suku akhir Piala Dunia 2014 tetapi terpaksa melakukan tanpa Eder Alvarez Balanta dan pemain tengah Abel Aguilars, Fredy Guarin dan Juan Quintero, yang mengalami kecederaan.

James Rodrguez dari Real Madrid, pemenang kasut emas pada Piala Dunia di mana dia menjaringkan enam gol, akan berada di bahagian midfield pasukan Colombia di belakang Falcao, yang bersedia untuk menambah rekod 24 jaringannya bagi negara itu selepas tidak beraksi dalam perlawanan tahun lepas di Brazil. Pekerman berkata salah satu cabarannya adalah untuk mendapatkan yang terbaik dari pemain pertahanan Pablo Armero dari Flamengo dan Camilo Zuniga dari Napoli.

Rentak kedua pemain terjejas kerana kecederaan atau kekurangan latihan perlawanan di kelab mereka.

Colombia akan bertemu Brazil, Peru dan Venezuela dalam perlawanan di Chile bermula pada 11 Jun selepas mengadakan perlawanan pemanasan menentang Costa Rica di Buenos Aires pada Sabtu ini.