Falcao kini milik Chelsea

Falcao kini milik Chelsea

LONDON, 2 Julai (Agensi)  – Penyerang Colombia, Radamel Falcao sudah melengkapkan perpindahan ke Chelsea dan dijangka bersama kelab baharunya itu menyertai jelajah Amerika Utara selepas ini, menurut keluarga pemain berkenaan.

Ayah dan bapa saudara pemain berkenaan, mengesahkan pada malam Selasa lalu, perjanjian sudah ditandatangani di sini untuk tempoh setahun bagi membolehkan pemain itu dipinjam daripada kelab Perancis, Monaco.

Perkembangan itu sekali gus, membolehkan pemain berkenaan kekal beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bersama Manchester United musim lalu.

Skuad The Blues setakat ini belum membuat pengumuman rasmi mengenai urusan perpindahan pemain itu, namun mereka sememangnya adalah mengadakan perbincangan selama tiga minggu dengan wakil Falcao iaitu Jorge Mendes, dan Monaco bagi mencapai kata persetujuan.

Radamel Falcao akan bermain untuk kelab Chelsea di musim depan. – Reuters
Radamel Falcao akan bermain untuk kelab Chelsea di musim depan. – Reuters

Persetujuan dikatakan sudah pun dicapai bulan lalu, dengan juara EPL itu akan membayar pemain gaji berkenaan sebanyak 180,000 paun seminggu selain bayaran pinjaman sekitar 4 juta pound bagi khidmatnya.

ARTIKEL YANG SAMA