Falcao mampu menyinar semula

Falcao mampu menyinar semula

LONDON, 30 Julai (Agensi) – Pengurus Chelsea, Jose Mourinho percaya pembelian baharu pasukan itu, Radamel Falcao akan menemui sentuhan berbisanya semula selepas prestasi mengecewakan bersama Manchester United pada musim lalu.

Pemain antarabangsa Colombia itu sekadar meledak empat gol dalam saingan Liga Perdana England sewaktu dipinjamkan daripada AS Moncao ke Old Trafford musim lalu.

Ekoran prestasi kurang memberangsangkan itu, The Red Devils bertindak untuk tidak lagi menggunakan khidmat Falcao musim ini, sekali gus membuka peluang buat Chelsea untuk menyambar bekas penyerang sensasi Atletico Madrid tersebut.

Mourinho yakin beliau mampu memastikan pemain berusia 29 tahun itu kembali memegang status antara penyerang yang digeruni selepas ini.

“Dia (Falcao) seakan-akan takut ketika beraksi dengan United kerana dia seorang penyerang yang sentiasa mampu untuk menghasilkan jaringan.

Jose Mourinho yakin Falcao mampu menyinar semula bersama Chelsea. – Reuters
Jose Mourinho yakin Falcao mampu menyinar semula bersama Chelsea. – Reuters

“Dia melakukannya de ngan mana-mana pasukan dan dalam apa juga liga sekalipun, jadi saya yakin dia boleh mengulanginya sekali lagi dengan Chelsea,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bekas pengendali Real Madrid dan Inter Milan itu juga turut menegaskan, tahap kecergasan Falcao bukanlah punca utama kegagalannya bersama United musim lalu.

“Bagi saya, ia bukan masalah fizikal. Jadi, jika bukan fizikal, kami mampu menjadikan Falcao menyinar semula dengan menjaringkan banyak gol,” jelasnya.

ARTIKEL YANG SAMA