Falcao tiada impak di Copa

Falcao tiada impak di Copa

TEMUCO, Chile, 25 Jun (AFP) – Lebih daripada 200 minit beraksi dan memburu satu jaringan: musim hambar Radamel Falcao bersama Manchester United melimpah ke dalam kempen Copa America bersama Colombia.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘El Tigre’ itu dan gagal untuk mencengkam di Chile, sekali lagi mengenakan lilitan lengan kapten apabila Colombia bersedia bertemu Argentina dalam suku akhir esok.

Jurulatih Colombia, Jose Pekerman bertegas bahawa kedudukan Falcao dalam skuad sentiasa selamat biarpun beberapa persembahan yang meletakkan ramai tertanya–tanya jika pemain berusia 29 tahun itu seharusnya memberikan laluan kepada Jackson Martinez dari Porto.

Falcao yang tidak diketahui dalam kekalahan aksi pembukaan Colombia kepada Venezuela, menyaksikan hanya dua percubaan tepat dalam kemenangan 1-0 ke atas Brazil dan hanya bekerja keras dalam keputusan seri 0-0 menentang Peru.

Colombia dilihat lebih mengancam apabila Martinez menggantikan Falcao selepas sejam dalam persaingan menentang Peru Ahad lalu dengan pergerakan dan fizikalnya memberikan perbandingan kepada kapten itu.

Radamel Falcao Garcia (tengah) semasa menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Santiago 18 Jun lalu. – Reuters
Radamel Falcao Garcia (tengah) semasa menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Santiago 18 Jun lalu. – Reuters

Falcao yang bertambah sukar dengan kecederaan, secara meluas diejek dalam media sosial dalam insiden awal menentang Peru di mana dia menjatuhkan diri ke tanah dengan memegang mukanya selepas cabaran bersama Carlos Zambrano.

Tayangan video menunjukkan Zambrano tidak membuat sebarang sentuhan fizikal dengan Falcao dan ini meningkatkan kerisauan di kalangan peminat juara Inggeris Chelsea, yang secara meluasnya dijangka akan menandatangani penyerang itu.

Buat masa sekarang, Falcao masih lagi menjadi pilihan Pekerman, yang tajam dalam kepercayaannya bahawa keadaan itu mungkin sementara tetapi kelasnya adalah kekal.

ARTIKEL YANG SAMA