Falcon 9 bers...

Falcon 9 bersedia dilancar

LOS ANGELES, 12 Feb – Selepas lebih lima tahun, landas pelancaran bersejarah memiliki roket di atasnya lagi, roket SpaceX’s Falcon 9 pada kedudukan tegak di pelancar Launch Complex 39A (LC-39A) di agensi angkasa lepas AS, NASA buat pertama kali.

“Roket Falcon kini tegak di Cape Canaveral di kompleks landas 39-A. Ini adalah landas pelancaran sama yang digunakan oleh roket Saturn V yang kali pertama membawa manusia ke bulan pada tahun 1969. Kami berbesar hati dibenarkan untuk menggunakannya.”

Pengasas yang juga CEO SpaceX, Elon Musk berkata menerusi Instagram pada Jumaat lalu serta juga menghantar sekeping Falcon 9 di LC-39A, yang menjadi sebahagian Pusat Angkasa Lepas Kennedy, NASA, di Florida.

Menurut syarikat yang beribu pejabat di California itu, Falcon 9 akan membawa kapsul kargo robotik Dragon yang membawa kargo dan eksperimen sains menuju Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

“Mensasarkan 18 Februari bagi misi bekalan semula Dragon akan datang ke @Space_Station – pelancaran pertama kami dari LC-39A di Pusat Angkasa Lepas Kennedy NASA,” SpaceX menyatakan di Twitter.

Falcon 9 di landasan roket di Los Angeles pada 17 Januari 2017. Falcon 9 akan membawa kapsul kargo robotik Dragon yang membawa kargo dan eksperimen sains menuju Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. – AP
Falcon 9 di landasan roket di Los Angeles pada 17 Januari 2017. Falcon 9 akan membawa kapsul kargo robotik Dragon yang membawa kargo dan eksperimen sains menuju Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. – AP

Dalam tempoh beberapa tahun misi bulan Apollo, NASA dan kapal angkasa lepas ulang-alik berlepas dari LC-394. Pelancaran pertama dari landas lancar bersejarah telah mengambil tempat pada Julai 2011, apabila penerbangan terakhir kapal angkasa ulang-alik dilancarkan. Itu juga misi terakhir program keseluruhan kapal angkasa ulang-alik NASA.

Pada tahun 2014, SpaceX telah menandatangani perjanjian pajakan bagi LC-39AS bagi tempoh 20 tahun. selepas membuat beberapa pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan keperluan roket Falcon 9 dan Falcon Heavy, SpaceX, syarikat itu kini bersedia untuk mula menggunakan landas lancar bersejarah itu.

SpaceX kembali melancarkan roket pada Januari, empat bulan selepas letupan pada nahas terakhir yang memusnahkan Falcon 9 dan muatannya, satelit perhubungan Amos-6 bernilai 200 juta dolar AS.

Pada 14 Januari lalu, firma angkasa lepas AS berjaya menghantar 10 buah satelit ke orbit bumi rendah dan mendaratkan Falcon 9 ke atas kapal dron di Lautan Pasifik. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA