Fallujah ditawan semula sepenuhnya

Fallujah ditawan semula sepenuhnya

FALLUJAH, Iraq, 26 Jun (AFP) – Tentera Iraq berjaya menakluki kedudukan terakhir kumpulan Negara Islam (IS) di kota Fallujah semalam, membentuk satu pentadbiran sepenuhnya ke atas salah satu benteng paling kukuh kumpulan jihad selepas melakukan pertempuran selama sebulan.

Perdana Menteri Haider al-Abadi telah pun mengisytiharkan kemenangan pada 17 Jun lalu selepas pertahanan IS runtuh, dengan tentera Iraq menghadapi rintangan yang terhad dalam operasi penaklukan tersebut.

Serangan itu menyaksikan puluhan ribu kematian dalam kalangan orang awam dan yang meninggalkan rumah mereka, meninggalkan Iraq dengan pergelutan krisis kemanusiaan dalam usaha mereka untuk melakukan serangan terakhir terhadap kedudukan utama IS di Hab Mosul.

“Ini adalah kegembiraan untuk semua rakyat Iraq dan ia adalah hak semua rakyat Iraq untuk meraikan penaklukan semula Fallujah,” kata Abadi, ketika bercakap kepada televisyen negara Iraqiya di luar hospital Fallujah.

Kejayaan itu datang semula pasukan elit menakluki semula Jolan, kejiranan barat laut Fallujah.

Jentera perang tentera Iraq dilihat di Fallujah, 50 kilometer (30 batu) dari ibu kota Baghdad, selepas tentera Iraq merebut kembali bandar yang dilanda masalah dari kumpulan Negara Islam itu semalam. - AFP
Jentera perang tentera Iraq dilihat di Fallujah, 50 kilometer (30 batu) dari ibu kota Baghdad, selepas tentera Iraq merebut kembali bandar yang dilanda masalah dari kumpulan Negara Islam itu semalam. – AFP

“Ia tidak mengambil masa lebih daripada dua jam untuk CTS menakluki semula Jolan,” kata Sabah al-Noman, jurucakap perkhidmatan kaunter-keganasan yang menjalankan perjuangan tersebut.

Beberapa komander kanan tentera yang lain berkata hanya sebilangan kecil sahaja pejuang IS masih kekal di kawasan Fallujah itu.

Selepas musim yang amat sukar, pejuang bergembira pada pembebasan bandar Iraq yang menjadi taklukan di luar kawalan kerajaan dua setengah tahun yang lalu.

“Hari ini, saya … sangat gembira,” kata Mohammed Abed, “Fallujah adalah sangat cantik … Amat malang apa yang berlaku kepada Fallujah.”