Falujjah ditawan semula

Falujjah ditawan semula

BAGHDAD, 8 Jun – Pemerintah operasi Iraq untuk menawan semula Falujjah dari kumpulan Islam IS berkata kemenangan semalam dalam tempoh bebe-rapa hari lagi, tetapi kemajuan perlahan ekoran bilangan banyak bom dan perangkap.

“Pasukan keselamatan mara ke arah tengah Fallujah dari bahagian selatan tetapi melakukannya dengan berhati-hati, untuk menjaga nyawa orang awam,” Leftenan Jeneral Abdelwahab al-Saadi memberitahu AFP.

“Dalam hari-hari mendatang, kami akan mengisytiharkan pembebasan Fallujah,” menurut Saadi, pemerintah keseluruhan operasi yang dilancarkan pada 22-23 Mei untuk menawan semula kubu pejuang jihad di barat Baghdad.

Kawalan operasi bersama mengakui program itu perlahan ekoran bilangan banyak peranti bahan letupan improvisasi yang diletakkan oleh IS di bandar itu.

“Terdapat terowong dan antara 150 dan 200 bom dimatikan setiap 100 meter,” menurutnya dalam satu kenyataan.

“Maklumat kami ialah IS telah menyiapkan bom kereta, yang mereka sembunyikan di rumah dengan niat menyerang kita apabila kita masuk,” menurut kawalan operasi.

Pasukan paramilitari Hashed al-Shaabi, yang didominasi oleh militan Syiah yang setakat ini beroperasi di pinggir bandar itu, memberi amaran mereka mungkin bergerak masuk jika operasi lama.

Seorang jurucakap bagi kumpulan itu meletakkan bilangan para pejuang Hashed al-Shaabi yang terlibat pada awal operasi Fallujah ialah pada 30,000 orang.

Sebilangan militia dituduh melancarkan keganasan sektarian ke atas orang awam Sunni ketika operasi sebelumnya dan penglibatan mereka dalam serangan ke atas salah satu kubu kuat IS paling bersimbolik di wilayah Sunni, iaitu Anbar dilihat sebagai berpotensi amat sensitif. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA