FAM boleh digantung jika boikot Piala AFF

FAM boleh digantung jika boikot Piala AFF

YANGON, 24 Nov – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap akan membenarkan skuad kebangsaan meneruskan aksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Yangon, Myanmar walaupun ada desakan untuk memboikotnya.

Pada masa sama, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberi amaran FAM boleh digantung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekiranya memboikot kejohanan itu sebagai bantahan penindasan berterusan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Setiausaha Agung AFF Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkata AFF sendiri turut berdepan tindakan undang-undang daripada rakan pemasaran rasmi kejohanan itu, Lagarde Sports jika FAM bertindak memboikotnya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan Malaysia mempertimbangkan cadangan boikot berkenaan yang memberi implikasi negatif kepada banyak pihak yang terlibat secara langsung dengan kejohanan kali ini.

“Kita perlu membayar pampasan kepada Lagarde Sports sekiranya kejohanan ini diboikot…AFF sendiri tidak menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini, hari ini.

Pada masa sama, Azzudin turut mempersoalkan tindakan segelintir individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang lantang mendesak kerajaan memboikot kejohanan dwitahunan itu yang diadakan sejak 1996.

“Kenapa tunggu Piala AFF bermula baru mereka begitu ghairah usulkan supaya kejohanan ini diboikot?

“Presiden AFF adalah (Sultan Pahang) Sultan Ahmad Shah. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA