FAMA perkenal produk di Pesta pengguna ke-17

FAMA perkenal produk di Pesta pengguna ke-17

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia akan kembali untuk memperkenalkan produk-produk mereka semasa Pesta Pengguna ke-17 yang bakal diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini pada 27 sehingga 31 Januari ini.

Sebagai antara peserta yang dikenali, FAMA telah beberapa kali menyertai Pesta Pengguna Brunei di mana mereka memperkenalkan produk-produk mereka ke pasaran negara ini dan dalam pesta siri ke-17 kali ini, mereka dijangka memperkenalkan sejumlah produk baru.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, FAMA mendapatkan 14 petak pameran bagi memperkenalkan produk-produk Halal mereka termasuk biskut, kek dan makanan mudah.

Penyertaan dalam pesta ini memudahkan mereka yang ingin membeli snek dan membeli-belah sebagai cenderahati bagi musim perayaan yang akan datang. Oleh itu, orang ramai bolehlah mengunjungi mereka di dewan serba guna (Zon Biru) dan merasakan sendiri makanan yang dipamerkan.

Manakala itu, pempamer dan pengedar yang berminat dalam mengimport produk Halal, dialu-alukan untuk menghadiri sesi rangkaian perniagaan yang diijadualkan dikendalikan oleh FAMA pada 28 Januari 2016 bermula 2 sehingga 3 petang di pentas terbuka depan Dewan Plenari (zon Ungu).

Antara perwakilan FAMA yang akan memperkenalkan produk mereka di Pesta Pengguna ke-17 nanti.
Antara perwakilan FAMA yang akan memperkenalkan produk mereka di Pesta Pengguna ke-17 nanti.

Pesta itu nanti akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam kecuali hari Jumaat bagi memberikan laluan solat fardu Jumaat.

ARTIKEL YANG SAMA