Farah berjaya ke final 5,000m

Farah berjaya ke final 5,000m

BEIJING, 26 Ogos (AFP) – Usaha Mo Farah untuk mempertahankan gelaran dunia jarak jauh terjejas hari ini apabila tersandung pada 200 meter terakhir peringkat saringan 5,000 meter.

Pelumba dari Great Britain yang memenangi pingat emas 10,000m Sabtu lalu, menguasai sepanjang perlumbaan tetapi tersandung pada lencongan terakhir, mengakibatkannya luka di jari kaki dan tersandung teruk sebelum membetulkan diri.

Farah mengejutkan penonton stadium Sarang Burung di Beijing apabila kembali berlari untuk selesai di tempat kedua di belakang pemenang Yomif Kejelcha dari Habsyah, pelari terpantas dunia 2015, yang mencatatkan masa 13 minit 19.38saat pada pagi yang panas.

Seorang lagi pelari dari Habsyah Hagos Gebrhiwet, yang memenangi saringan pertama, mencatatkan masa 13:45.00 untuk menempah slot pada final yang dijadualkan sebelum 1130GMT Sabtu ini.

“Ia dalam keadaan baik. Saya hampir terjatuh sekali lagi,” Farah yang merujuk kepada tersandung yang juga berlaku pada final 10,000m. Saya berharap ia tidak berlaku untuk kali ketiga.

Mo Farah ketika beraksi dalam peringkat saringan 5,000 meter di Beijing petang tadi. – AFP
Mo Farah ketika beraksi dalam peringkat saringan 5,000 meter di Beijing petang tadi. – AFP

“Seseorang tersepak kaki saya. Ia adalah cara berlari. Saya berlari dengan langkah besar jadi saya tidak menyalahkan sesiapa. Ia berlaku. Kadangkala saya perlu berada di depan atau belakang atau terus kekal di luar.”

Pelari kelahiran Somali berusia 32 tahun itu berkata, kejayaan dalam heptathlon dan lompat jauh lelaki oleh rakan sepasukan dari Great Britain, Jessica Ennis-Hill dan Greg Rutherford bukan hanya mengurangkan tekanan ke atasnya tetapi juga menunjukkan ‘semangat pasukan yang hebat’.

“Ia membawa kembali ‘super Saturday’ dalam diri saya, Jess dan Greg,” katanya, yang merujuk kepada aksi malam pertama di Olimpik London 2012 apabila ketiga–tiga pelari itu memenangi pingat emas.

Kejayaan Farah Sabtu lalu menjelaskan kemenangan ketujuh berturut–turut dalam acara 5,000m atau 10,000m pada kejuaraan dunia atau Olimpik sejak 2011.

ARTIKEL YANG SAMA