Farah: Semuanya sudah saya katakana

Farah: Semuanya sudah saya katakana

LONDON, 24 Julai – Mo Farah menegaskan semalam dia telah mengatakan segalanya mengenai dakwaan dadah yang dilemparkan kepada jurulatihnya Alberto Salazar.

Bintang trek Britain Farah, juara bertahan Olimpik dan dunia untuk acara 5,000 dan 10,000 meter, menjadi tumpuan media selepas dakwaan mengatakan Salazar memberikan testosteron kepada pelari jarak jauh Amerika Galen Rupp pada 2002 apabila Rupp – rakan latihan Farah – hanya berusia 16 tahun, dan menggalak penyalahgunaan ubat preskripsi. Bagaimanapun, tiada cadangan yang menunjukkan Farah telah mencabul peraturan anti-dadah, walaupun dia menerima tekanan selepas didapati terlepas dua ujian dadah sebelum Olimpik London 2012.

Salazar, yang telah bekerja dengan Farah sejak 2011, mengeluarkan kenyataan dengan lebih 11,000 perkataan menafikan dakwaan tersebut. Apabila ditanya Good Morning Britain ITV sama ada dia telah ‘mengetepikan isu’ yang menyelubungi jurulatihnya, dia berkata: “Sudah tentu, ya.”

Dia menambah: “Ia bukan sesuatu yang baik tetapi pada masa yang sama, saya menjawab segala yang saya tahu dan ia di luar kawalan saya, tidak ada kena mengena dengan saya. “Namun pada masa yang sama, saya telah menjawab segalanya. Buat masa sekarang saya hanya mahu terus berlari, menikmati apa yang saya lakukan dan – adakah anda tahu apa yang mendorong saya setiap hari?

“Menghabiskan masa bersama budak-budak berkenaan, mengembalikan sesuatu kepada masyarakat, kepada budak-budak dan mengambil bahagian dalam pertandingan.” – AFP

Farah dalam gambar fail 27 Julai 2013 selepas memenangi acara 3,000 meter. - AFP
Farah dalam gambar fail 27 Julai 2013 selepas memenangi acara 3,000 meter. – AFP