FARC keluar dari senarai pengganas

FARC keluar dari senarai pengganas

BRUSSELS, 27 Sept – Kesatuan Eropah (EU) hari ini berkata ia telah menggantung Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) dari senarai pengganas susulan termeterainya perjanjian damai di antara kumpulan pemberontak berhaluan kiri dan kerajaan Colombia.

FARC dimasukkan ke dalam senarai pengganas EU pada 2002. Senarai itu antara lain memperincikan individu, kumpulan dan entiti yang terbabit dalam aktiviti keganasan dan tertakluk di bawah langkah-langkah sekatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA