FARC, k’jaan Colombia meterai perjanjian damai baru

FARC, k’jaan Colombia meterai perjanjian damai baru

HAVANA, 13 Nov – Kerajaan Colombia dan pemberontak Marxis FARC kelmarin mengumumkan satu perjanjian damai yang disemak semula bagi menamatkan konflik bersenjata 52 tahun, selepas pengundi menolak perjanjian damai dalam satu referendum.

“Kami telah mencapai satu perjanjian akhir baru untuk menamatkan konflik bersenjata, yang menggabungkan perubahan, penjelasan dan beberapa sumbangan baru dari pelbagai kumpulan sosial, yang kita telah laluinya satu per satu,” kata satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh diplomat dari Cuba dan Norway, penjamin proses damai.

“Membina kestabilan, keamanan yang berkekalan adalah perlu dikongsi bersama oleh semua penduduk Colombia dengan komitmen, dan membantu atasi polarisasi termasuklah semua suara sosial dan politik,” kata kenyataan itu. Presiden Juan Manuel Santos menegaskan: “Ia adalah perjanjian yang lebih baik.”

Humberto de La Calle (kanan), ketua pasukan rundingan damai kerajaan Colombia (kiri), berjabat tangan dengan ketua perunding Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia, atau FARC, Ivan Marquez, apabila Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez menyaksikannya selepas majlis menandatangani perjanjian damai terbaru antara kedua-dua pihak di Havana, kelmarin. – AP

Perjanjian baru itu telah diperhalusi selepas kumpulan yang menentang perjanjian asal yang dicadangkan diubah semasa permulaan rundingan tersebut. “Kami yakin bahawa dokumen ini akan dapat memberikan laluan berdaya maju” bagi menamatkan konflik itu, kata perunding utama kerajaan, Humberto de la Calle.

“Ulasan dan penjelasan yang kami telah lakukan itu tidak akan menjejaskan isu yang kami setujui, yang membentuk perjanjian damai pertama,” katanya.

Perunding ketua pemberontak Ivan Marquez berkata “satu-satunya persetujuan baru yang dilakukan sekarang adalah untuk melakukannya dengan memberi impak dan berkesan.” Pada masa ini, kedua-dua anggota itu belum membuat apa-apa sebutan perjanjian damai baru sebelum pengundian referendum baru. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA