FARC teruskan gencatan senjata sehala

FARC teruskan gencatan senjata sehala

HAVANA, 21 Ogos (Reuters) – Pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusioner Marxist Colombia membayangkan bahawa mereka akan melanjutkan gencatan sehala apabila pusingan akan datang rundingan damai bermula di Havana, selagi kerajaan tidak membaharui serangan udara ke atas kedudukan mereka.

FARC dan kerajaan Presiden Juan Manuel Santos memulakan rundingan hampir tiga tahun lepas di Havana.

Meskipun sekali-sekala berlaku pertempuran, namun keadaan agak tenang dapat dilihat di negara Amerika Selatan tersebut sejak sebulan lepas, di mana perang gerila terakhir di rantau berkenaan meletus sejak separuh abad lalu.

“Saya fikir negara boleh mencapai perdamaian… Kita dapat saksi keadaannya sekarang yang diharapkan dapat menuju ke arah yang diharapkan,” Rodrigo Grande, anggota pasukan perunding FARC, memberitahu Reuters.

Beliau berkata pertubuhannya masih membuat penilaian keadaan di Colombia.

Kumpulan tersebut mengisytiharkan gencatan senjata sementara sepanjang tempoh dua sambutan Hari Krismas lepas dan ia menghentikan operasi sepanjang pilihan raya tahun ini.

Presiden Santos mengarahkan supaya dihentikan serangan udara ke atas kem pemberontak pada Julai, tindakan pertama seumpamanya oleh Santos yang sebelum ini dilaporkan berkata tidak akan ada gencatan senjata sehingga perjanjian damai dimeterai.