Farmasi terbakar ragut 8 jiwa

Farmasi terbakar ragut 8 jiwa

MUMBAI, 30 Jun (AFP) – Lapan orang terbunuh apabila sebuah farmasi dilanda kebakaran di bandar kewangan Mumbai, India hari ini, kata polis.

Seorang lagi mengalami cedera paras dalam kebakaran itu, yang meletus awal pagi tadi, kata jurucakap polis Mumbai, Ashok Dudhe memberitahu AFP.

“Punca awal kebakaran itu kelihatannya disebabkan litar pintas. Namun para pegawai akan memberitahu punca sebenar sebaik saja siasatan itu siap dijalankan,” katanya.

Ia adalah kebakaran baru paling maut yang melanda Mumbai beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Jun tahun lepas, kebakaran di blok apartmen tinggi telah membunuh tujuh orang selepas mereka terperangkap dalam sebuah lif fi tingkat atas.

Sebulan awalnya, empat anggota bomba terbunuh dalam kebakaran di sebuah bangunan lain.

ARTIKEL YANG SAMA