Fasa baru hubungan Iran dengan Eropah

Fasa baru hubungan Iran dengan Eropah

TEHRAN, 18 Feb (Bernama) – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, Iran dan Eropah telah memasuki fasa baru dalam perhubungan dan akan mempercepatkan kerjasama berikutan pelaksanaan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA). Menurut Agensi Berita Mehr (MNA), Zarif berkata demikian dalam pertemuan beliau dengan Presiden Parlimen Eropah, Martin Schulz, di Brussels Selasa lalu.

JCPOA merupakan satu perjanjian antarabangsa mengenai program nuklear Iran yang dicapai di Vienna pada 14 Julai tahun lepas antara P5 + 1 (lima anggota tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Majlis Keselamatan-China, Perancis, Rusia, United Kingdom, Iran dan Amerika Syarikat dan Jerman ) dan Kesatuan Eropah.

Hasil daripada itu Iran telah memenuhi komitmen nuklearnya, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menarik balik sekatan nuklear di Iran, seperti yang dinyatakan dalam JCPOA.

Menekankan dalam kesinambungan kerjasama parlimen antara Iran dan Kesatuan Eropah, Zarif berkata lawatan yang akan datang oleh ketua Parlimen Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Dasar Luar ke Brussels, akan menyediakan rangka-rangka bagi kerjasama Parlimen selanjutnya.

Sementara itu, Schulz melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan di rantau itu, termasuk di Iraq, mengatakan bahawa puak Syiah dan Sunni harus mengikuti matlamat yang belum tercapai iaitu memerangi kumpulan pengganas Islamic State (IS).

“Kesan sampingan utama terhadap ketidakstabilan serantau ialah kebanjiran pendatang ke negara-negara Eropah, Schulz berkata perlunya untuk menguruskan krisis pelarian itu dengan secepatnya.

Merujuk kepada lawatan Menteri Luar Iran ke Brussels, Schulz menyambut baik terhadap perkembangan hubungan antara Iran dan Kesatuan Eropah.

ARTIKEL YANG SAMA